Latihan 2

 

LATIHAN TATABAHASA

 

 

 

Mengesan kesalahan ejaan, huruf besar dan tanda baca bagi ayat-ayat di bawah. Kemudian, betulkannya.

LATIHAN 1

  1. Pakaian tradisional perempuan cina ialah ceongsam
  2. biasanya ceongsam diperbuat daripada kain lembut seperti kain satera
  3. ceongsam digemari oleh perempuan cina
  4. Biasanya ceongsam dipakai semasa menyambut tahun baru cina atau menghadiri majis perkahwinan.

JAWAPAN

  1. Pakaian tradisional perempuan Cina ialah ceongsam.
  2. Biasanya ceongsam diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.
  3. Ceongsam digemari oleh perempuan Cina.
  4. Biasanya ceongsam dipakai semasa menyambut Tahun Baru Cina atau menghadiri majlis perkahwinan.

LATIHAN 2

  1. Orang melayu meraikan hari raya aidilfitri.
  2. Orang cina meraikan tahun baru cina
  3. orang india meraikan deepavali
  4. kaum melayu perempuan memakai baju kurung
  5. Kaum cina perempuan memakai congsam.
  6. kaum india lelaki memakai doti.
  7. Nasi lemak makanan kegemaran orang melayu
  8. kuih bakul dimakan semasa Tahun baru Cina.
  9. Roti canai makanan tradsional kaum Inda.
  10. kaum lelaki segak dan bergaya memakai baju melayu

JAWAPAN

  1. Orang Melayu meraikan Hari Raya Aidilfitri.
  2. Orang Cina meraikan Tahun Baru Cina.
  3. Orang India meraikan Deepavali.
  4. Kaum Melayu perempuan memakai baju kurung.
  5. Kaum Cina perempuan memakai ceongsam.
  6. Kaum India lelaki memakai doti.
  7. Nasi lemak makanan kegemaran orang Melayu.
  8. Kuih bakul dimakan semasa Tahun Baru Cina.
  9. Roti canai makanan tradisional kaum India.
  10. Kaum lelaki segak dan bergaya memakai baju Melayu.

Peringatan

*Kata Nama Khas perlu huruf besar.

*Huruf pertama bagi perkataan di awal ayat perlu huruf besar.

*Koma perlu diletakkan selepas ayat habis.

LATIHAN MEMBINA AYAT

Menggantikan perkataan yang bergaris dengan perkataan lain. Kemudian, tulis semula ayat itu.

1. Baju kurung itu cantik dan menawan. (Samfu, bersih)

___________________________________________

2. Orang Cina suka makan kuih bulan. (Melayu, nasi kuning)

___________________________________________

3. Sari ialah pakaian tradisional perempuan India. (Doti, lelaki)

___________________________________________

4. Kaum Melayu meraikan Hari Raya Aidilfitri. (Cina, Tahun Baru Cina)

___________________________________________

5. Doti dipakai semasa Deepavali. (Baju Melayu, Hari Raya Aidilfitri)

___________________________________________

Sumber : http://anaznews.blogspot.com/2012/04/funny-cartoon-animated-widget-for.html#ixzz2BGZsYNGm

Tinggalkan komen