Aktiviti

Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di dalam kelas.

1. Guru boleh menunjukkan gambar-gambar tentang pakaian tradisional pelbagai kaum. Kemudian menyuruh murid menyatakan ciri istimewa pakaian tradisional pelbagai kaum.

2. Murid dibimbing menyanyikan lagu “Baju Saya Cantik” mengikut melodi “Gong Xi Gong Xi” sambil melakukan aksinya. Lihatlah lirik lagu di bawah ini.

http://soundcloud.com/lee-pei-khoon/bajusayacantik

3. Murid boleh diminta untuk melukis pakaian tradisional yang paling disukai dan mewarnakannya.

4. Guru juga boleh membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan menyediakan patung orang untuk setiap kumpulan. Kemudian murid diminta untuk mereka cipta pakaian campuran ciri istimewa pakaian tradisional daripada tiga kaum. Di bawah merupakan contoh patung orang yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Patung Orang

5. Murid diminta membawa gambar tentang perayaan dan makanan tradisional pelbagai kaum. Kemudian menampal gambar tersebut di dalam sebuah jadual seperti di bawah:

6. Guru boleh meminta murid menyeranaikan benda yang boleh dilihat semasa perayaan pelbagai kaum dan melukisnya pada jadual yang disediakan.

Sumber : http://anaznews.blogspot.com/2012/04/funny-cartoon-animated-widget-for.html#ixzz2ArkaN326

4 comments on “Aktiviti

Tinggalkan komen